Image Detail
Image Detail

JEAN PIAGET

Latar Belakang


Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981.

Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula meminati Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Jean Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973).

Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini telah memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.

Menurut Piaget, proses equilibrium (keseimbangan) iaitu asimilasi dan akodomasi berkaitan antara perubahan dengan perkembangan kognitif. Piaget membahagikan perkembangan kepada empat tahap, iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Teori pengajaran kognitif

Jean Piaget mengasaskan teori pengajaran kognitif.Bidang perkembangan kognitif ini mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. Antara tokoh-tokoh teori kognitif ialah Wertheimer & Kohler - Teori Kognitif-Gestalt, perkembangan makna, celik akal; Piaget - Teori perkembangan kognitif, pembelajaran aktif; Bruner - Pemikiran induktif, pembelajaran penemuan; Ausubel - pemikiran deduktif, advance organisers, pembelajaran bermakna, peta konsep; dan Gagne - jenis pembelajaran, pembelajaran Mastery analisis tugasan

Perubahan kognitif dikaitkan dengan perubahan yang berkualiti terhadap pemikiran seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan keupayaan.Ramai ahli psikologi kognitif bersetuju bahawa perubahan yang berlaku dalam diri pelajar disebabkan interaksi pelajar dengan persekitaran hidup dan situasi pembelajaran yang dialami . Sebagai contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang baharu, kita akan cuba menyelaraskan dengan apa yang telah kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Untuk berusaha kearah ini, kita mungkin menerima idea baru dan membuang idea lama atau membung idea baru kerana merasakan ia tidak relevan kepada kita. Maknanya, dalam apa situasi sekali pun kita sebenarnya sedang membina kefahaman tentang idea baru dan membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang telah kita hadapi atau idea sedia ada kita.

Pengaruh persekitaran dan pembelajaran bermula seawal di peringkat bayi lagi. Walaupun kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran hidup adalah penting untuk memberi perhatian bahawa kanak-kanak mempengaruhi persekitaran dalam konteks hubungan dan interaksi dengan ahli- ahli keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya hubungan ini, mereka berjaya mewujudkan peluang-peluang melalui pengaruh daripada persekitaran. Kanak-kanak menggunakan peluang-peluang pembelajaran yang sedia ada di persekitaran hidup mereka untuk meningkatkan kemahiran, pengalaman dan pembelajaran melalui hasil interaksinya. Keadaan hidup dan cara kanak-kanak menerima asuhan dan didikan sejak di peringkar bayi lagi dapat membantu mereka dalam menentukan jenis pengalaman yang membantu memberi kesan terhadap pembelajaran.

Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pengajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pengajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan, mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine 1992).

Teori Kognitif
Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. Pengkajian terhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasi reheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna.
Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali dan membuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapai matlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan. Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan. Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep (penanggapan).
Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teori belajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikaji lebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar dan Menengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.
Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau, konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui cara pengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami, mempelajari serta mengingati.
Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.
Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran.
Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secara efektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun. Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap itu adalah:
(1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru;

(2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisis pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain, dan

(3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap kedua tadi benar atau tidak.

Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapat ditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empat tema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu:
a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan,

b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar,

c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi,

d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk memotivasinya

Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perlu difikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatu ketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalam amalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dan keberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapat membolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas.
Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori ini diangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam proses pembelajaran. Ini merupakan pemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadi seorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiri serta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.
Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka.

Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudian mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran.
Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif murid supaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermakna dan berkesan.
Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sekelas.
Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsangan yang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam stor ingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalam ingatan.
Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama.
Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.
Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:

- Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial

- Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna.

Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu:

1. Pengatur awal (advance organizer)

Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna.

2. Diferensiasi progresif

Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep. Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebih detail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.

3. Belajar superordinat

Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearah deferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam struktur kognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukan hal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif.

4. Penyesuaian Integratif

Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebih nama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang sama diterapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukan konsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa, sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selama informasi disajikan.

Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan oleh David Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkan oleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang penting atau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukan kerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkan model pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan.

Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori Pembelajaran Celik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiran untuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kita boleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yang baru.
Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal.
Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu menggalakkan pelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu, boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harus menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi.
Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitu persepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur di persekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna dan akhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan.







Ciri-Ciri Penting Mazhab Kognitif Dan Penggunaannya Dalam Kelas.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah :

1) Pembelajaran merupakan satu proses mental

Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik –bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.

2) Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat.

Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya.

Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini, mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar.

Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan sebagainya.

3) Pembelajaran adalah satu keseluruhan.

Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Ini kerana daripada keseluruhan, kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagian-bahagiannya.

Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. Menurut prinsip ini, keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang melihat bahagian-bahagiannya, dan tidak keseluruhannya maka kita tidak dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam hal ini, hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif seperti Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan Hukum Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsep-konsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang lebih bermakna.

4) Pembelajaran adalah proses cuba jaya.

Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.

Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.

5) Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan.

Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukar-tukar pandangan, mengetangahkan penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.

6) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.

Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka.



Implikasi Teori Pembelajaran Kohler

Seperti yang dinyatakan Mok Soon Sang (2002), Kohler menyarankan bahawa kebolehan mental (celik akal) juga terdapat pada manusia yang membolehkan pelajar mempelajari perkara-perkara baru. Implikasi teori Kohler yang terpenting ialah guru perlu menggalakkan pemikiran celik akal di kalangan pelajar.

Implikasi yang pertama ialah guru perlu menggalakkan murid agar menggunakan celik akalnya untuk menyelesaikan masalah pembelajaran. Sebagai contoh, apabila guru mengajarkan sesuatu tajuk baru kepada murid. Guru hendaklah menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai untuk merangsang celik akal murid memahami isi pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

Selain itu, membimbing murid menggunakan persepsinya untuk menghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Hal ini memerlukan murid menjalankan ujikaji atau pemerhatian untuk mereka memahami dan melihat sendiri perkaitan antara unsur-unsur yang relevan dalam sesuatu masalah.

Implikasi yang ketiga ialah menyampaikan pengajaran selangkah demi selangkah mengikut urutan yang sesuai. Hal ini adalah penting untuk memastikan murid dapat memahami secara mendalam isi pengajaran yang hendak diajar. Selain itu, hal ini juga dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid disamping menarik minat murid untuk belajar. Malah sesuai digunakan bagi memastikan murid di taraf sederhana dan lemah dapat mengikuti pengajaran dengan baik.

Implikasi yang keempat ialah membimbing pelajar menyelesaikan masalah dengan teknik menyoal. Hal ini dapat membantu guru menjalankan pemerhatian bahawa murid memahami ataupun tidak isi pengajaran yang disampaikan. Selain itu, murid juga dapat memproses maklumat yang diterima dengan lebih cepat.

Selain itu, guru boleh menggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supaya menggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi. Kaedah ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan dengan lebih mudah. Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu.



Proses ini lebih berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul.

Malah guru juga perlu mengajar pengalaman baru berdasarkan tahap kebolehan pelajar dan pengalaman mereka. Guru juga boleh mengaitkan pengalaman sedia ada murid untuk membantu mengajarkan sesuatu yang baru. Sebagai contoh pelajar yang pernah melihat situasi kebakaran akan dapat menggambarkan keadaan ketika situasi itu berlaku berbanding pelajar yang tidak pernah melaluinya. Namun begitu, pengajaran yang ingin dijalankan perlu juga diukur dari segi kebolehan murid. Sekiranya mengajarkan murid di tahap lemah perlulah menggunakan bahan rangsangan yang bersesuaian berbanding mengajarkan murid di tahap sederhana.

Implikasi yang terakhir ialah membekalkan bahan-bahan pelajaran yang lengkap supaya pelajar boleh menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian adalah penting bagi memastikan proses berfikir dan celik akal murid berlaku dengan teratur. Proses memahami juga akan berlaku dengan lebih mudah

EKPERIMENS DALAM TEORI PEMBELAJARAN KOLHER



EKSPERIMEN 1
Bagi membentuk Teori Gestalt, Wolfgang Kohler menjalankan dua eksperimen dengan cimpazi. Dalam eksperimen pertama, seekor cimpanzi diletakkan di dalam sebuah sangkar besar. Di dalam sangkar itu terdapat beberapa buah peti yang berlainan saiz. Sebiji pisang tergantung di bumbung sangkar tersebut. Bumbung itu adalah tinggi dan tidak ada jalan bagi cimpanzi untuk memanjatnya. Cimpanzi itu mulai melompat-lompat beberapa kali untuk mencapai pisang tetapi gagal. Ia pun berhenti seketika. Ketika berhenti, cimpanzi melihat sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba, cimpanzi itu mengheret peti demi peti ke bahagian bawah pisang. Ia menyusun peti itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan seterusnya memanjat peti-peti tersebut. Dengan cara ini cimpanzi Berjaya memperolehi pisang tersebut.
Dalam eksperiman ini, keadaan lapar telah menjadi ransangan kepada cimpanzi untuk mendapatkan pisang yang tergantung itu. Apabila cimpanzi secara tiba-tiba menyedari pertalian peti-peti dengan cara hendak mendapatkan pisang, ia dikatakan telah mendapat celik akal.
EKSPERIMEN 2
Dalam eksperimen yang kedua, seekor cimpazi yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Berhampiran dengan sangkar itu, iaitu di luarnya terdapat sebiji pisang dan beberapa batang buluh yang berlainan panjangnya. Cimpazi tersebut cuba mendapatkan pisang dengan menggunakan batang buluh yang pendek tetapi tidak berjaya. Selepas itu, dia mula mencabut seutas dawai dari sangkar dan mendapatkan pisang dengan dawai itu. Sekali lagi cimpanzi tersebut gagal. Secara tiba-tiba dia cepat menggunakan buluh yang pendek untuk mengaut buluh yang panjang. Dengan menggunakan buluh yang panjang, cimpanzi itu dikatakan telah memperolehi celik akal apabila dai secara tiba-tiba terfikir untuk menggunakan buluh pendek untuk mendapatkan buluh yang panjang. Seterusnya cimpanzi itu barulah memperoleh pisang.
EKSPERIMEN 3

Eksperimen yang ketiga ialah eksperimen terhadap anjing liar yang terdapat di sebuah pulau di Lautan Pasifik. Eksperimen ini didapati dalam buku Asas Pendidikan 2 yang ditulis oleh Lee Shok Mee (199). Pada suatu masa, kohler menghadapi masalah kerana anjing liar sentiasa datang ke rumahnya untuk mencuri makanan. Kohler dan rakan-rakannya sengaja ,mendirikan pagar (mata punai) yang mempunyai satu lorong masuk di tepi rumah seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. Makanan kemudiannya diletakkan di lorong, iaitu X1 dan X2. Sedikit makanan juga diletakkan di X3 di sebelah pagar. Susunan makanan ini menarik anjing liar melalui lorong itu mendapatkan makanan X1 dan X2. Untuk mendapatkan makanan X3 diperhatikan anjing itu berhenti seketika dan memerhatikan keadaan di sekitarnya. Tiba-tiba anjing itu berlari keluar dari lorong mengelilingi pagar untuk sampai ke X3. Sekali lagi, Kohler merumuskan bahawa anjing itu telah menghayati perkaitan dalam keseluruhan situasi untuk menyelesaikan masalah. Sekiranya pagar itu dibina daripada tembok batu yang padu dan anjing itu tidak dapat melihat keseluruhan situasi masakah, maka anjing itu tidak mungkin memperolehi makanan X3. Kajian Kohler menunjukkan bahawa pembelajaran yang komlpeks berlaku bukan semata-mata mellaui kaedah cuba ralat. Manusia juga mempunyai kebolehan mental yang istimewa yang disebut celik akal yang membolehkan mereka memperolehi pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang kompleks. Mengikut teori kognitif celik akal membolehkan kita menghayati perkaitan unsur-unsur di dalam persekitaran untuk membentuk erti dan menyelesaikan masalah.


KESIMPULAN
Kesimpulan yang didapati daripada hasil kajian kohler tersebut ialah haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi. Selain itu, cimpazi menggunakan alatan untuk menyelesaikan masalah, jelaslah bukan tindkan secara membabi buta, tetapi berdasarkan pengalaman dan persepsinya, iaitu mendapati perkaitan di antara rangsangan-rangsangan seperti kotak-kotak dan pisang yang berada dalam situasi masalah yang dihadapinya. Menurut kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yang tergantung, disebut sebagai celik akal. Daripada hasil kajian tersebut, kohler menyarankan bahawa celik akal merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikan perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran.


Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Dengan pengetahuan yang ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut. Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.


Selain itu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah. Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja).

Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 4M, dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

Selain itu, PPK (dalam Tengku Zawawi Tengku Zainal, 1997) menyatakan bahawa aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan elemen yang penting dalam kurikulum pendidikan Matematik KBSR dan KBSM. Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong pelajar untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (Tengku Zawawi Tengku Zainal, 1997). Aktiviti pengayaan sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Perbezaan aktiviti dilakukan kerana Piaget memperlihatkan adanya perbezaan pemikiran individu di dalam proses perkembangannya.



Bagaimana Guru Boleh Menggalakkan Pemikiran Celik Akal Di Kalangan Pelajar
a) Guru mesti menggunakan perbendaharaan kata yang jelas, mudah difahami dan dibantu dengan gambar, audio serta
pengalaman langsung pelajar dalam pengajarannya.
2) Perkara yang hendak disampaikan mestilah mudah difahami.
3) Soalan dan rangsangan yang diberi mesti sesuai dengan tahap kognitif dan perkembangan pelajar iaitu.
a) Pelajar mesti dapat membuat tanggapan dan pemgamatan sepanjang pelajaran.
b) Contoh yang digunakan mesti bersesuaian dengan perkembangan dan tahap pengalaman pelajar.
4) Pengajaran mesti disampaikan selangkah demi selangkah dan mengikut urutan kesinambungan yang padu.Proses ini lebih
berkesan jika guru memberi banyak contoh yang khusus, dan pelajar cuba membuat generalisasi yang betul.
5) Guru tidak boleh memberi terlalu banyak penerangan tetapi perlu memberi panduan dan bimbingan dalam proses pemikiran celik
akal.
6) Guru perlu menggalakkan pemikiran kritikal dengan memastikan pelajar dengan :
a) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
b) Berfikiran terbuka
c) Dapat membuat rumusan.

7) Guru boleh menggalakkan keinginan menyoal dan perasaan ingin tahu pelajar dan proses mempertimbangkan kelemahan dan
kekuatan fakta.
8) Jika sesuatu bahan pelajaran terlalu susah, guru perlu memudahkan bahan tersebut supaya pelajar dapat memahami bahan itu.
9) Untuk menyenangkan lagi pemahaman pelajar, guru perlu mengajar mata pelajaran tertentu mengikut langkah-langkah yang
kecil dan tersusun.
10) Jika tugasan di sekolah terlalu susah, dan peneranga guru tidak jelas, pelajar tidak dapat mencapai celik akal.





















Home|Teori Pembelajaran Kognitivisme

Gagne, Bruner dan Wager telah mengemukakan pelbagai teori pembelajaran berasaskan kognitif. Tumpuan mazhab kognitif ialah aktiviti dalaman minda (daya ingatan) iaitu penyimpanan dan penggunaan semula maklumat. Dengan membuka "peti hitam" minda ini guru akan mendapat tahu betapa berharga dan pentingnya untuk memahami bagaimana murid belajar. Proses minda seperti berfikir, mengingat, mengetahui dan menyelesaikan masalah mula diterokai. Pemikiran murid, kepercayaan, sikap serta nilai dapat mempengaruhi proses minda. Bagi mazhab kognitivisme, pengetahuan dilihat sebagai skema atau pembinaan minda yang simbolik. Pembelajaran seterusnya didefinisikan sebagai perubahan skema pengetahuan murid dalam minda. Murid bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka. Ini bermakna murid sendiri perlu melaksanakan proses dalam minda sedangkan guru hanya individu yang menyediakan cara atau kaedah untuk membolehkan proses pembelajaran berlaku. Meskipun begitu, guru bertanggungjawab memulakan proses pembelajaran berkenan.

Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget dengan Sistem Pembelajaran Nombor Berasakan Pendekatan Permainan.

Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani, 2004). Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Ini selaras dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Namun begitu, kebanyakkan guru-guru tadika lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap ke-3 iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di kedua-kedua tahap yang sebelumnya (Nani & Rohani, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan Matematik yang kukuh. Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan pengalaman pranombor yang baik sebagai satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 2001), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) memberi penekanan kepada bermain sambil belajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Pendekatan bermain sambil
belajar dapat meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi
memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. KPM menekankan supaya pendekatan ini mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti yang menggembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaraan, permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaan idea sendiri, dan peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selaras dengan itu, maka pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam sistem pembelajaran ini adalah pendekatan permainan.
Cockcroft (1982) di dalam Ismail (1999), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam proses P&P mata pelajaran Matematik bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pengajaran malah ianya boleh mengubah kepentingan sesuatu tajuk dalam sukatan Matematik. Pelajar yang menggunakan komputer dalam pembelajaran Matematik juga mempunyai sikap yang positif terhadap dirinya. Oleh yang demikian perisian komputer yang digunakan dalam P&P dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip Matematik dengan mudah dan berkesan.