Teori pengajaran konstruktif

Definisi Teori Konstruktivisme menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Manakala Briner, M. (1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Teori konstruktif atau konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu pengetahuan dibina oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas, proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam pembinaan pengetahuan pelajar.

Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasi-pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991).

Di dalam proses pembelajaran kontruktif, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan sebarang masalah dan mencapai kefahaman terhadap maklumat baru. Maksudnya pelajar yang hadir ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah. Premis asas konstruktivisme adalah:
  • murid membangun, meruntuh (deconstruct) , dan mambina semula pengetahuan mereka sendiri
  • murid meruntuh dan membina semula sesuatu makna, ialah pembelajaran
  • pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea yang sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

Teori ini juga mengenai pembelajaran yang terbentuk hasil daripada pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklmat dengan pengetahuan sedia ada. Contoh dalam mata pelajaran perdagangan, manusia mempunyai keperluan dan kehendak. bagi keperluan, Manusia perlu tahu keperluan utama dalam menjalani kehidupan (pengetahuan sedia ada) seperti makanan.Makanan diperlukan oleh manusia untuk terus hidup.

Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar.

Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu.

Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.

Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pula berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.

Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.

Konstruktif boleh dilakukan dalam perbagai bentuk. Ia terdiri daripada Kognitif Bersituasi, Scaffolding, Perintisan Kognitif, Tutoring, pembelajaran Koperatif dan juga Pembelajaran Kolaboratif.
__
Implikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  • Di dalam P&P, mengikut Teori Konstuktivisme,peranan guru merupakan penolong, pemudahcara dan perancang; sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran.

  • Model pengajaran-pembelajaran yang sesuai sekali digunakan ialah pembelajaran secara koperatif dan kolaborasi
  • Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan pelajar.Interaksi dan pertukaran idea-idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
  • Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh menggalakkan dan merangsangkan pembelajaran pelajar-pelajar. Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan pelajar-pelajar membina pengetahuan.

Implikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme

  • Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid
  • Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif
  • Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah
  • Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut
  • Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

PERANAN GURU KONSTRUKTIVISME
Menurut Chaille C. dan Britain L, dalam buku The Young Child as Scientist,peranan guru konstruktivisme adalah seperti berikut:
  1. Guru sebagai penyampai aktiviti, idea dan pilihan kepada kanak-kanak
  2. Guru merangsangkan pembinaan pengetahuan melalui soalan-soalan yang dikemukakan
  3. Guru sebagai pengelola persekitaran yang menggalakkan eksperimen, uji kaji dan arahan diri
  4. Guru sebagai pemerhati yang peka
  5. Guru sebagai pemantau pembelajaran pelajar-pelajar
  6. Guru sebagai penggalak dalam pembinaan pengetahuan dan teori

Peranan Pelajar Dalam Pendidikan Konstruktivis
Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstrutivis melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau mengkuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina asa pengetahuan yang mereka faham.
Selain itu, pelajar juga perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran penggunaan teknologi di mana mereka dapat menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada internet) bagi menolong mereka menjana idea dan pengetahuan baru.
Pembelajaran konstruktivis berlaku apabila pelajar menggabungkan pengetahuan sedia ada dengan konsep-konsep serta pengetahuan yang baru untuk membentuk pengetahuan yang baru. Guru hanya sebagai agen penggalak dan pembantu pelajar semasa proses pembelajaran dimana guru akan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pelajar. Kelebihan pembelajaran ini adalah lebih banyak berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial dan lebih seronok. Dalam teori konstruktivis, pelajar tidak lagi dianggap belajar membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah susai realiti tersebut. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat.


Home|Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

Menurut Piaget yang lebih dikenali dengan teori cognitive constructivism melihat bagaimana murid dapat memahami sesuatu perkara melalui empat peringkat utama pertumbuhan Kognitif yang bermula sejak dilahirkan hingga berumur 14-16 tahun. Piaget percaya bahawa semua kanan-kanak dilahirkan bersama kecenderungan dalaman untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Beliau merujuk cara atas menyusun dan memproses maklumat sebagai struktur kognitif yang dinamakan sebagai skema. Skema digunakan untuk meneroka persekitaran menggunakan deria sentuhan, perasaan, rasa dan pemerhatian. Murid seterusnya akan berkembang melalui proses pengubahsuaian skema sedia ada melalui dua cara iaitu asimilasi dan akomodasi.

Menurut Lev Vigotsky iaitu seorang ahli falsafah dan psikologi Rusia pada tahun 1930-an yang dikatakan dengan teori konstruktivis sosial. Sosial Constructivisim menekankan bagaimana makna dan pemahaman tentang sesuatu perkara itu dibina melalui interaksi sosial. Vygotsky menekankan pengaruh konteks budaya dan hubungan sosial dalam pembelajaran serta menyokong model pembelajaran inkuri-penemuan. Model ini menekankan peranan aktif guru manakala murid pula akan membina kebolehan minda mereka secara nyata melalui penemuan maklumat-maklumat baru.



Perbandingan Model Dan Strategi Pengajaran-Pembelajaran


Perkara
Pengajaran
Pembelajaran
Pembelajaran
Perbincangan
Strategi


langsung
kooperatif
penyelesaian

pembelajaran




masalah



Fahaman
Psikologi
Teori
Teori kognitif;
Teori
Teori

teori

tingkahlaku;
pembelajaran
teori
kognitif;
pemprosesan




teori
sosial; Teori
konstruktivisme
teori interaksi
maklumat


pembelajaran
konstruktivisme

sosial



sosial





Pelopor
Bandura;
Dewey; Vygotsky;
Dewey;
Bruner;
Bruner;

utama

Hunter
Slavin
Vygotsky
Cazden;
Ausubel;







Vygotsky
Vygotsky

Hasil
Penerangan
Kemahiran
Kemahiran
Kemahiran
Kemahiran

pengajaran

pengetahuan
akademik dan
akademik dan
berbincang
kognitif dan




asas; kemahiran
sosial
inkuiri
dan berfikir
metakognitif


akademik





Kaedah
Bahan
Kerja kumpulan
Projek
Perbincangan
Pengajaran

pengajaran

pembentangan
dengan manfaat
berasaskan
dalam
explisit ,




dan demontrasi
kooperatif dan
inkuiri yang
kumpulan
pengajaran


yang jelas dan
struktur tugas
dilaksanakan

dua hala


objektif

dalam




tingkahlaku

kumpulan



Ciri-ciri
Struktur yang
Fleksibel,
Fleksibel,
Refleksi,
Refleksi,

persekitaran

erat, pengajaran
demokrasi,
pengajaran
penekanan
penekanan




berpusatkan
pengajaran
berpusatkan
terhadap
terhadap cara


guru
berpusatkan
inkuiri
perbualan
belajar



pelajar

terbuka











TEORI PENGAJARAN KONTRUKTIF
Pendekatan Kontruktivisme Sosial

Pendekatan kontruktisvisme sosial tertumpu di dalam bilik darjah. Perubahan kea rah inovasi-inovasi dilihat sebagai pemangkin dalam mewujudkan konteks social pembelajaran antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar yang lain. Ilmu pengetahuan dibina dan dikontruk bersama dengan penglibatan orang lain. Dalam situasi ini, pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk menilai dan mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan kea rah pemahaman yang kukuh. Justeru, pendekatan kontruktivisme social membantu pelajar kea rah perkembangan pemikiran pelajar. Dengan cara ini, pelajar berkesempatan membina hubungan-hubungan social, belajar kemahiran pemprosesan informasi untuk menguasai sesuatu ilmu pengetahuan yang dipelajari didalam situasi bilik darjah.

Ciri-ciri pembelajaran konstruktif :

  • Pembelajaran berdasarkan masalah

  • Pembelajaran menerusi penyelidikan

  • Menitikberatkan kerjasama dalam pembelajaran

  • Kaya dengan persekitaran

  • Kaedah pentaksiran yang sah

  • Menitikberatkan tujuan secara global

Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme
Mengikut pendekatan pengajaran konstruktivisme, pelajar tidak boleh menjadi pasif dalam menerima ilmu yang dibekalkan oleh guru ( Fosnot, 1996 ). Menurut beliau juga, guru pula harus menjadi penyampai ataupun penyalur ilmu dan menguruskan kelas.
Brooks & Brooks ( 1993 ) menggariskan lima prinsip penting dalam pendekatan pengajaran konstruktivisme. Pertama, pengajaran seharusnya bermula dengan memberi masalah yang relevan kepada pelajar. Masalah yang diberikan seharusnya menarik dan mencabar minda pelajar. Kedua, aktiviti dan masalah seharusnya berteraskan konsep-konsep yang perlu dipelajari. Dengan cara ini pelajar lebih memahami konsep melalui konteks masalah yang ingin diselesaikan. Ketiga, guru-guru juga perlu menyediakan peluang kepada pelajar serta mengemukakan pandangan dan idea mereka berkaitan aktiviti yang dibuat. Keempat, selepas mencungkil idea awal pelajar, guru perlu menyesuaikan pengajaran dengan pemikir pelajar. Kelima, guru-guru juga digalakkan membina soalan-soalan yang mencabar bagi menguji pemikiran pelajar pada aras kognitif yang tinggi. Teknik penyoalan ini akan merangsang pembelajaran dan memastikan pembelajaran bermakna berlaku.
Sehubung dengan itu, pendekatan pengajaran yang sesuai dengan perspektif konstruktivisme ini perlu melibatkan pelajar dalam aktiviti-aktiviti penyiasatan hands-on dan minds-on ( Zuraida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali Samsudin, 2006 ). Menurut mereka juga, aktiviti yang sesuai adalah melalui aktiviti inkuiri yang memerlukan pelajar mencari penyelesaian kepada masalah.


PERANAN DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan berpusatkan murid tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah perlu diubah supaya sesuai dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme.
Mari kita lihat dahulu apakah peranan guru dalam pembelajaran jenis ini. Di antaranya;
 Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain.
 Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
 Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
 Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan seharian mereka
 Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneka dan membuat hipotesis.
 Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
 Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
 Menyediakan pengalaman belajar yang memungkinkan murid bertanggung jawab dalam membuat rancangan, proses, dan penelitian.
Manakala murid pula perlu memainkan peranan yang tertentu juga sekiranya pembelajaran konstruktivisme boleh berlangsung. Di antaranya;
 Setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Mereka perlu berinisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis menentukan kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depan.
 Murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segala-galanya.
 Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses maklumat dan menyelesaikan masalah.
 Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan dapat membantu murid mengukuhkan atau mengubah idea mereka.
 Murid mencabar hipotesis yang telah mereka buat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Seterusnya mereka berpeluang untuk menguji hipotesis mereka.
 Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
Selain daripada peranan guru dan murid yang perlu berubah, teknik pentaksiran juga perlu turut berubah. Selalunya ujian digunakan. Murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja. Cara pentaksiran harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik pentaksiran yang boleh digunakan ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. Murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pendekatan Kognitif Bersituasi (Situated Cognition) untuk pembelajaran di dalam kelas.
Kognitif bersituasi (situated cognition) merujuk kepada suatu pemikiran idea yang terletak dalam konteks sosial dan fizikal dan bukan dalam minda individu (Santrock, 2004). Kognitif bersituasi mempunyai beberapa implikasi untuk sistem pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini merangkumi kemahiran-kemahiran pemikiran yang tinggi, mewujudkan kesedaran dalam meningkatkan daya penaakulan ke arah penyelesaian masalah, menggunakan kemahiran-kemahiran metakognitif untuk melihat masalah pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif pelajar.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah saya telah menggunakan pendekatan yang sama iaitu dengan menayangkan video interaktif untuk kali kedua kepada pelajar. Video interaktif ini berbeza daripada video yang pertama tadi di mana video interaktif ini menayangkan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh seseorang usahawan seperti penghasilan produk-produk baru dan pengubahsuaian barangan yang hendak dijual. Video tersebut menayangkan En Ali seorang usahawan barangan permainan kanak-kanak yang mengeluarkan produk mainan yang baru di pasaran iaitu permainan ikan terbang menggunakan alat kawalan jauh. En Ali merupakan seorang usahawan yang telah membuat pengubahsuaian kepada produk-produk mainan kanak-kanak yang berada di pasaran sebelum ini.
Pendekatan kognitif bersituasi menyebabkan pelajar berasa pembelajaran adalah efektif dan menyeronokkan. Pendekatan ini berfokus kepada keperluan-keperluan pelajar berhubung pembelajaran dan kurang berfokus pada isi kandungan (content) semata-mata.
Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar dan guru mengalami ilmu pengetahuan baru atas pemahaman persekitaran (situasi) pembelajaran. Bagi mewujudkan satu situasi yang melibatkan aktiviti pelajar di dalam kelas, pelajar diberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar, kotak ubat gigi dan sebagainya. Pelajar diminta mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui pendekatan ini, secara tidak langsung saya dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif dikalangan pelajar.
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, saya menerangkan kembali hubung kait di antara video pertama dan video kedua yang telah ditayangkan kepada pelajar. Saya membuat pengukuhan dengan bertanya kepada pelajar apakah perbezaan yang terdapat di dalam kedua-dua video tersebut. Pelajar mula mengingat kembali lakonan yang telah di buat di dalam kelas. Pelajar telah mula menyenaraikan ciri –ciri seorang peniaga berdasarkan kepada ingatan jangka panjang yang telah disimpan. Kemudian, pelajar dapat membezakan ciri-ciri seorang usahawan berdasarkan aktiviti rekacipta yang telah dibuat bersama dengan guru di dalam kelas. Saya telah membuat kesimpulan bahawa, masalah pembelajaran di mana pelajar tidak dapat membezakan konsep peniaga dan konsep usahawan telah berjaya di atasi. Pelajar telah dapat memahami konsep peniaga dan usahawan dan dapat membezakan di antara kedua-duanya hasil



daripada penggunaan Teori Peniruan Bandura dan Pendekatan Konstruktivisme Sosial.
TEORI PENGAJARAN KONSTRUKTIF

DEFINISI TEORI KONSTRUKTIF
Sebelum kita membincangkan masalah yang di utarakan ini,terlebih dahulu kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan konstruktif.Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam
minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merealisasikan teori ini. Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology,A Contemporary Approach halaman 177 menyebut “Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught”. Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Apabila kita merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan ini iaitu untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman 2 konstruktif tidak boleh tidak dua pihak perlu diberi tumpuan iaitu murid dan guru. Setiap kumpulan ini mempunyai peranan mereka yang tersendiri bagi merealisasikan perjalanan teori ini.
PERANAN GURU
Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri.Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dan kefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P.Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam 3 mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan murid.
PERANAN MURID
Perbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidak menganggap guru hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu dari sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang terbentuk adalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan dikalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi P&P berjalan.Dengan wujudnya lontaran-lontaran idea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkan suasana ‘dingin’ di kalangan pelajar itu sendiri.